Blogger Widgets

Rabu, 15 Ogos 2012

Kuasa Kuda @ Horsepower



Kuasa kuda (hp) adalah nama bagi unit ukuran bukan metrik bagi kuasa. Dalam kegunaan saintifik, istilah "kuasa kuda" jarang digunakan kerana definisinya yang pelbagai serta unit SI yang sedia wujud bagi kuasa iaitu watt (W). Walau bagaimanapun, penggunaan istilah "kuasa kuda" digunakan secara meluas di dalam bahasa, kejuruteraan serta industri, terutamanya sebagai unit ukuran kuasa maksimum bagi enjin pembakaran dalaman kenderaan seperti kereta, motosikal, lori, bas dan kapal. Penggunaan 'HP' secara beransur-ansur digantikan dengan kW (kilowatt) dan MW (megawatt). Terdapat dua faktor utama yang perlu dipertimbangkan semasa menilai ukuran "kuasa kuda"
  • Definisi kuasa kuda sendiri yang tidak konsisten
  • Piawaian bagi nilai ukuran kuasa kuda yang pelbagai
Perkembangan bagi enjin wap menjadi alasan kukuh bagi menyamakan kuasa bagi kuda dengan enjin yang boleh menggantikannya.

Istilah "kuasa kuda" kemudian diguna pakai oleh James Watt untuk membantu memasarkan enjin wap buatannya yang diperbaharui. Watt menetapkan bahawa seekor kuda mampu memutar roda kincir sebanyak 144 kali sejam (atau 2.4 kali seminit). Roda kincir tersebut berjejari 12 kaki, maka kuda tersebut bergerak 2.4 × 2π × 12 kaki seminit. Watt membuat kesimpulan bahawa kuda tersebut boleh menarik dengan daya 180 paun (dengan menganggap ukuran jisim bersamaan dengan ukuran daya dalam unit paun-daya, yang masih belm dapat didefinisikan pada masa itu). 


Nilai ini dibundarkan kepada 33,000 ka·lbf/min.

Dari segi perspektif, seorang manusia yang sihat mampu menghasilkan 1.2 hp dalam masa singkat dan mengekalkan lebih kurang 0.1 hp, manakala atlit terlatih mampu mengekalkan sehingga lebih kurang 0.3 kuasa kuda dalam masa beberapa jam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan