Blogger Widgets

Khamis, 13 September 2012

Tips Penjimatan Petrol


AWASI HAD LAJU ANDA

Sentiasa menjaga had laju anda. Semakin laju anda memandu, semakin banyak petrol digunakan. Andainya anda memandu melebihi 100km/j penggunaan petrol meningkat sehingga 20%. Pemanduan pada 120km/j pula meningkatkan penggunaan petrol sehingga 25%. Jadi admin cadangkan korang membawa kereta antara 60-80 km/j.

SISTEM KAWALAN KOMPUTER

Penggunaan kawalan kruise dilebuhraya akan menambahkan perkilometeran bagi setiap liter petrol. Kenderaan kini menggunakan sistem kawalan komputer canggih yang mengatur penggunaan petrol mengikut keadaan semasa. Proses ini juga menjimatkan setiap ringgit anda.

ELAKKAN BREK MENGEJUT

Mengekori kenderaan anda dihadapan anda amatlah merbahaya. Brek mengejut menbazirkan petrol. Kajian mendapati kelajuan ideal, menjimatkan ekonomi petrol sehingga 15%-20%. Semasa pemanduan dalam bandar, pembaziran petrol berlaku hampir 50% akibat peningkatan kelajuan memandu.

TENANG KETIKA MEMANDU

Bertenang ketika menggunakan pedal minyak dan brek. Tergopoh-gapah membrek dan berhenti secara tergesa-gesa adalah suatu pembaziran tenaga, elakkannya. Matikan enjin jika anda perlu menunggu lama. Jangan bersikap sambil lewa. Kenderaan yang hebat sekalipun akan meningkatkan pembaziran petrol secara mencemar kualiti udara. Bawak kereta sambik dengar lagu boleh membantu anda untuk releks.

KURANGKAN BEBANAN

Keluarkan barangan berat yang tidak diperlukan dari bonet anda. Ekstra 50kg akan meningkatkan ekonomi petrol sehingga 1-2%.

SELENGGARA ENJIN MENGIKUT JADUAL

Sentiasa melakukan talaan enjin. Kajian menunjukkan kurang talaan enjin menyebabkan peningkatan minyak berlaku sehingga 10-20% bergantung kepada kenderaan tersebut. Ikut jadual selenggaraan enjin pada manual. Bahan api dapat dijimatkan, kenderaan bertahan lebih lama. Habis malas pun sentiasa tukar minyak hitam kenderaan anda.

KADAR ANGIN TAYAR YANG BETUL

Pastikan taya diisi angin dan jajaran betul. Perhatikan label dikenderaan anda yang menunjukkan tekanan tayar yang betul. Biasanya ia tertera disisi bonet atau kotak glove. Tayar yang kurang angin menyebabkan penggunaan minyak meningkat sehingga 6%. Sentiasa mengikut arahan keselamatan pengilang.

SERVIS IKUT JADUAL

Tukar minyak secara berkala. Minyak yang bersih mengurangkan geseran, mengeluarkan partikel bahaya dari enjin lalu meningkatkan keberkesanan bagi memastikan kenderaan sentiasa dalam keadaan efisien dan prestasi yang baik. Tukar minyak hitam mengikut kadar spesifikasi yang sesuai.

JAGA KEBERSIHAN FILTER

Periksa dan ganti air filter secara kerap. Penggantian air filter meningkatkan ekonomi bahanapi di samping memelihara enjin tersebut. Filter yang tersumbat meningkatkan 10% penggunaan bahanapi. Gunakanlah Airfilter yang berkualiti seperti BMC Airfilter bagi menjamin prestasi yang optimum.
Sumber : amazingNara.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan